Tuesday, 20 November 2012

TAMAN LAUT PULAU PAYAR











Assalamualaikum Salam Mesra
Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia

Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka.Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar,Pulau KacaPulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantaibagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.


Aktivit saya pada hari selasa 20/11/2012  adalah ke Pulau Payar(Marine Park).Saya dan rakan-rakan saya telah berkumpul di parking bas di kolej untuk ke jetty point.Sebelum ke Pulau Payar kami akan ke jetty point untuk membeli tax ke Pulau Payar.Kami diminta berkumpul di jetty point supaya senang mereka memberi tax kepada kami.Harga ke Pulau Payar seorang RM100 sahaja.Selepas mendapat tax dari pihak syarikat itu kami diminta pergi ke ferry langkawi Coral untuk ke Pulau Payar.Ferry ke Pulau Payar mengambil masa selama 1 jam setengah.Disitu kami dapat melihat pelancong asing yang datang ke Langkawi.Dildalam ferry terdapat seorang guide yang memberi keterangan kepada kami tentang Pulau Payar.Didalam ferry kami dapat menemuramah pelancong dari Hong Kong.Kami berkongsi maklumat antara satu sama lain.Terdapat banyak keluaraga yang pergi ke Pulau Payar.Alangkah bahagianya mereka apabila dapat menuju ke destinasi mereka.Selepas 1 jam setengah kami sudah tiba di Pulau Payar.Pemandangan di Pulau Payar amatlah cantik dan kami dapat melihat ikan-ikan yang ada di dalam laut.kami diberi (life jacket).Dan kami akan menaik satu bot kecil untuk ke seberang.

Kami diminta berkumpul untuk mendengar taklimat keselamatan yang diberi oleh guide.Selepas taklimat tersebut kami berkumpul di satu pondok untuk diberi tugasan yang perlu dilakukan.antara aktivit yang dilakukan oleh kami adalah seperti;

*Snorkeling
*Temu ramah pelacong
*Melawat Kawasan di Pulau Payar
*Jungle Trackking





Aktiviti snorkeling di Pulau Payar





Aktiviti jungle trackking di Pulau Payar





Aktiviti melawat kawasan di Pulau Payar






































KELEMAHAN DI PULAU PAYAR:
*Kawasan jungle trackking yang semak samun dan tidak bersih
*Persisiran pantai dipenuhi dengan sampah sarap
*Challet yang terbiar dan dipnuhi oleh binatang berbisa
*Tandas yang agak kecil

*Air tawar tidak disediakan oleh pihak tersebut kepada pelancong

CADANGAN DI PULAU PAYAR:
*Kawasan jungle trackking harus di bersihkan supaya pelancong selesa untuk jungle trackking
*Surau harus diperbesarkan lagi supaya lebih ramai pelancong yang datang beribadat terutama islam.

No comments:

Post a Comment